Monday, March 10, 2008
Setia Genggam
kadangkala kita tersengal di bukit berbatu
cadas-cadas tajam lukai kakimu
kakiku, hingga darah kita menyerapah
jengah marah
terik bakar kerongkongmu
peluh kerumuni ubunku
tapi sabar ndatangkan hujan
mereka bilas harapan
luruhkan dahaga
bawa tapak kita menjejak tanah subur
gembur doa-doa
kau hirup udara bahagia
aku dendang riang tralala
akhirnya tiba kita di hampar sahaja
buah-buah segar penuhi keranjangmu
keranjangku, sampai hati kita mekar
bersuka cita
kupeluk kau dekapku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment